Kerana Tertinggal Kunci Bilik, Pelajar UniMAP Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh Bangunan
Menurut Ketua Polis Perlis, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, mangsa, Goh Xin Xi yang berusia 21 tahun itu dipercayai cuba memasuki rumah yang didiaminya bersama tujuh orang sahabat melalui beranda sebelum tergelincir lalu jatuh dari tingkat tujuh bangunan itu. Ngeri!
Sumber: Cari Gold
Mayat pelajar tersebut kemudian ditemui oleh seorang lagi pelajar UniMAP, Soon Pau Hong, 23, yang kebetulan lalu di lokasi kejadian yang kira-kira berlaku pada pukul 2.45 petang. Mayat itu seterusnya di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes kematian ini diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.
Post a Comment