Header Ads

Masak Lemak Cili Api Telur Ikan

Masak Lemak Cili Api Telur Ikan



Saya memang sangat menyukai telur ikan sama seperti telur sotong juga. Teringat semasa di Subang Jaya dulu, saya dan hubby sering mengunjungi gerai makan di USJ 6 kerana di situ ada Gerai Melaka yang menjual Asam Pedas Ikan Terubuk. Yang best nya, kebanyakan ikan terubuk yang dijual mempunyai telur. Sedap sangat telur masak asam pedas gitu. Oleh kerana ada stok telur ikan yang dibeli di Pasar Taman Tun, saya mula lah mencari cari resepi untuk memasak telur ikan. Akhirnya setelah menanyakan pendapat sahabat saya, Zainal Abidin saya memasak Masak Lemak Cili Api. Inilah kali pertama saya memasak lemak telur ikan. Kalau biasanya saya hanya mengoreng sahaja telur ikan selepas dilumur dengan sedikit garam dan kunyit seperti di SINI


Masak Lemak Cili Api Telur Ikan



Seperti biasa, saya memang suka masakan Masak Lemak Cili Api sebab selain mudah, ianya juga sedap. Sambil sambil tu, boleh gak menternak lemak. Hahaha hari hari berjanji dengan hubby untuk ber dier konon konon. Masalahnya, kalau saya diet, saya jadi malas untuk memasak. Kalau saya tak memasak, kesian lah pulak dengan anak anak terpaksa makan nasi kedai jer. Hmm mencari alasan untuk tidak berdiet lah ni...




Masak Lemak Cili Api Telur Ikan

Masak Lemak Cili Api Telur Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Telur ikan
6 biji cili api
1/2 inci kunyit hidup
6 biji belimbing buluh
1/2 helai daun kunyit
1 pek santan
Garam

Cara cara:
Kisar cili api dan kunyit bersama sedikit santan. Masak bahan kisar bersama santan dengan api perlahan, sambil terus dikacau.

Bila hampir mendidih, masukkan telur ikan dan daun kunyit, terus masak sehingga telur ikan masak. 

Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan garam secukup rasa. Kalau tak ada belimbing buluh, bolehlah masukkan sedikit asam keping.


Masak Lemak Cili Api Telur Ikan


Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Terkini

Please Clik Url

Click Here