Header Ads

Anak Sanggup Kunci Ibu Di Luar Rumah Kerana Bergaduh Soal Wang



Benarlah kata pepatah seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga ibu atau bapa mereka.



Seorang lelaki tanpa rasa belas kasihan telah memaksa ibunya yang berusia 82 tahun untuk tinggal di luar rumah selama tiga hari setelah mereka bertingkah soal kos penjagaan wanita tua itu.

Sumber: South China Morning Post

Dengan bantuan isteri dan anaknya, lelaki tersebut telah menghalau ibunya keluar dari rumah setelah wanita itu berkeras untuk tidak memberikan wang persaraannya yang berjumlah 400 yuan (RM250). 
Disebabkan wanita tua itu tidak mampu bergerak sendiri, dia dibiarkan menangis di hadapan pintu pagar rumah anaknya sehingga beberapa orang daripada ahli parti komunis datang memberi bantuan. Sampai hati!

Gambar hiasan – Sumber: Wow Amazing

Menurut Yangzhou Television, perempuan tua itu mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang perempuan. Selepas kematian suaminya 18 tahun lalu, dia bergilir-gilir tinggal di rumah dua orang anak lelakinya. Semasa kejadian ini berlaku, wanita tersebut tinggal bersama anak lelaki bongsu.
Pertelingkahan di antara anak-anaknya berpunca daripada sikap si adik yang tidak berpuas hati dengan wang yang diberikan oleh abang dan kakaknya. Dia juga bimbang jikalau ibunya tiba-tiba meninggal dunia di rumahnya dan dia pula harus menanggung segala kos perbelanjaan pengebumian wanita tersebut.
Walaupun beberapa orang jiran cuba memujuk wanita itu untuk tinggal di tempat lain, ibu tua tersebut menolak dengan mengatakan dia sanggup mati di hadapan pintu rumah anaknya dari berpindah ke tempat lainTragis betul!

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Terkini

Please Clik Url

Click Here