Header Ads

Gadis Diraba Dan Nyaris Dirogol Pemandu Grab Car


Semenjak kemunculan syarikat Uber dan Grab Car yang mula menyaingi kemudahan awam seperti teksi, ramai di antara kita tanpa ragu-ragu menggunakan perkhidmatan mereka untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Pun begitu, kita haruslah sentiasa berwaspada.

Menerusi laman Twitter @aasyzhr, gadis ini menceritakan pengalaman yang menimpa sahabatnya ketika menaiki Grab Car.

Menurut @aasyzhr, sahabatnya dikatakan nyaris dirogol semasa menaiki Grab Car untuk pulang ke rumah. Lelaki yang bernama Aziezul Izuwan itu dikatakan selalu mengambil penumpang dari Bangi ke Putrajaya.

Sumber: Twitter

Pemandu Grab Car tersebut memulakan agenda jahatnya dengan mengajak mangsa duduk di tempat duduk hadapan supaya mereka lebih mudah berbual-bual.
Namun apabila kenderaan tersebut melalui jalan sunyi, pemandu lelaki itu mula mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan meraba bahagian payudara gadis tersebut.

Sumber: Twitter

@aasyzhr juga menerusi Twitter sempat memberitahu bahawa suspek memakai kenderaan Myvi dan mendedahkan akaun Instagram yang digunakan pemandu itu sebelum semua tweet tersebut dipadam setelah mendapat kecaman netizen.

Sumber: Twitter

Segelintir netizen mempersoalkan tindakannya yang sekadar meluahkan masalah tersebut di laman Twitter dan tidak mengadukan kes ini kepada pihak polis.

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Terkini

Please Clik Url

Click Here